Ijtihadnya bukan calang calang,
Perlembagaan kafir yang ditentang,
Amanat yang memakan korban,
Sedang dia masuk ke parlimen,
Dengan lafaz sumpah,
Mempertahankan perlembagaan,
yang dikatanya kafir dan jahiliah,
Dan ijtihad lagi dan lagi,
Sekawah gulai yang ada seketul babi,
Yang dulumya kawan jadi lawan,
Yang dulunya lawan jadi kawan,
Persetanlah babi dan kafir harbi,
Dan ijtihad lagi dan lagi...
Telah suci sang pencuri,
Ketika bersekongkol menebuk atap,
Jamu menjamu bersuap suap
Lazatnya berjawatan ketimur tengah,
Kenyang sendawa termengah mengah,
Dan ijtihad lagi dan lagi...
Telah najis pula sang pencuri,
Kerananya kuasa terlepas pergi,
Dicanang kepelusuk negeri,
Najisnya sebuah reformasi,
Kerana gabungan sang pencuri.
Musuh menjadi perdana menteri,
Dan bangga mendabik dusta,
Membentang surah derhaka,
Demi kembali berkuasa,
Tanpa malu pada anak bangsa